HTML

Iklan

Pengaruh Spesies dan Lokasi Pengambilan Sampel Genus Goniothalamus (Annonaceae) Terhadap Kandungan Goniothalamin Sebagai Agen Anti Kanser

Pengaruh Spesies dan Lokasi Pengambilan Sampel Genus Goniothalamus (Annonaceae) Terhadap Kandungan Goniothalamin Sebagai Agen Anti Kanser
ABSTRAK: Goniothalamus  merupakan   salah   satu   genus   terbesar  Annonaceae   yang   menjadi   sumber   ubatan tradisional yang penting di Asia Tengggara. Beberapa bahan bioaktif dari kumpulan terbitan stiril dehidropiron terutama goniothalamin telah dipencilkan dari genus ini dan telah dibuktikan mempunyai potensi sebagai anti kanker. Kandungan goniothalamin yang terdapat pada daun, kulit, batang dan akar daripada 21 spesies  Goniothalamus  yang   terdapat di Semenanjung   Malaysia, serta   variasi goniothalamin dari lokasi yang berbeza bagi  Goniothalamus macrophyllus dikaji secara kuantitatif dengan menggunakan Kromatografi Cecair Tekanan Tinggi (HPLC). Analisis kuantitatif menunjukkan purata peratus goniothalamin yang tertinggi daripada daun boleh di dapati daripada G. fulvus (5.81%), kulit daripada G. tortilipetalus (12.1%), batang (11.3%) dan akar (13.21%) daripada G. macrophyllus. Manakala lokasi pengambilan sampel  G. macrophyllus  yang terbaik bagi kandungan goniothalamin adalah Hutan Rekreasi Jambu Bongkok Terengganu. Analisis kuantitatif juga menunjukkan bahawa peratus kandungan goniothalamin bagi setiap lokasi dan spesies didapati berbeza. Secara keseluruhan kandungan goniothalamin yang terbanyak boleh di dapati daripada G. macrophyllus, dan kandungan tertinggi adalah dari sampel  yang diambil daripada Hutan Rekreasi Jambu Bongkok, Terengganu.
Kata kunci: Goniothalamus,  Annonaceae, Ektraks  Goniothalamin. Kromatografi Cecair Tekanan Tinggi
Penulis: Imam Mahadi
Kode Jurnal: jpbiologidd110023
Share This :